Belanjawan 2024: MITI cadang insentif beli motosikal EV bagi kumpulan B40

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengemukakan cadangan pemberian insentif pembelian kenderaan elektrik (EV) khususnya motosikal dalam Belanjawan 2024 bagi menggalakkan perkembangan industri itu di Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri berkata cadangan tersebut sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF), ia akan tertumpu kepada pemilik kenderaan daripada kumpulan B40.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita mengharapkan keputusan yang positif. MITI berharap MoF dapat memberi sokongan kepada pembangunan industri EV negara, (dan) di dalam konteks ini untuk motosikal,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di International Electric Mobility Showcase (IEMS 2023) di Kuala Lumpur pada Rabu. 

Mengenai pembangunan industri EV secara keseluruhan, Hanafi berkata kerajaan telah menyediakan banyak insentif pada tahun 2022 dan 2023 untuk pembangunan industri tersebut sama ada daripada segi permintaan dan juga penawaran perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada satu peratus.

Sehubungan itu, MITI berharap inisiatif yang dilakukan termasuk cadangan yang dikemukakan bagi Belanjawan 2024, ia akan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia.

“Fokus kita sekarang lebih tertumpu kepada kenderaan empat roda atau kereta. Justeru, MITI mengembangkannya kepada motosikal dan kenderaan perdagangan,” kata Hanafi.

Malaysia menyasarkan kira-kira 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, terdiri daripada 1,000 unit jenis arus terus dan 9,000 unit jenis arus ulang-alik atau pengecasan perlahan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Langkah tersebut selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian…
Hezeri Samsuri
Kita semua sudah faham bahawa subsidi bahan api memang perlu kawalan dan boleh diberikan kepada…