Belanjawan 2024: Kerajaan tawar rebat RM2,400 untuk pembeli motosikal elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan bakal memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi skim ini, kerajaan akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Selain itu, kerajaan juga bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan untuk tempoh empat tahun, dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun.

Kerajaan mengaluk-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari, dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

Dalam pada itu, Prasarana Malaysia juga bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina 3 depoh bas dengan kos RM600 juta untuk menyokong keperluan projek LRT3.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Langkah tersebut selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian…
Hezeri Samsuri
Kita semua sudah faham bahawa subsidi bahan api memang perlu kawalan dan boleh diberikan kepada…