Belanjawan 2024: Hasil jualan nombor plet khas akan disalur kepada golongan kurang kemampuan

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebahagian daripada pendapatan yang diraih hasil jualan nombor plet khas akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antaranya ialah dengan menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Selain itu, sebanyak 100,000 topi keledar akan diagihkan secara percuma termasuk topi keledar kanak-kanak kepada keluarga yang kurang kemampuan.

Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif FLYsiswa, iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar kurang berkemampuan pulang ke kampung halaman pada tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Langkah tersebut selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian…
Hezeri Samsuri
Kita semua sudah faham bahawa subsidi bahan api memang perlu kawalan dan boleh diberikan kepada…