Belanjawan 2023: RM525 juta naik taraf laluan Yong Peng Utara-Senai Utara PLUS kepada 6 lorong

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Twitter Ahmad Maslan
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya bagi mengelakkan kesesakan di beberapa lokasi tumpuan pelancong.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antaranya ialah projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara - Fasa 1 kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

Selain itu, jalan baharu di Cameron Highlands (Habu-Tanah Rata) akan dibina dengan kos sebanyak RM480 juta, diikuti naik taraf jalan  Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ Daerah Melaka Tengah dengan kos sebanyak RM300 juta. 

Sebuah jalan dan jambatan akan dibina menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek bernilai RM160 juta.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Prasarana…
Berita Domestik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama, bagi melaksanakan…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan…