Belanjawan 2023: Peruntukan RM2.7 bilion naiktaraf jalan raya persekutuan

oleh Mohamad Hanif|
Peruntukan sebanyak RM2.7 bilion akan disediakan oleh kerajaan untuk tujuan penyelenggaraan dan naik taraf jalan persekutuan, menurut laporan Kosmo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama, bagi melaksanakan penyelenggaran kecil, RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4.

Menurutnya, sejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.

“Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat Jurutera Daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah.

“Sejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi,” katanya pada Ucapan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) yang
bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM5.2 bilion.

“Kerajaan Persekutuan telah memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan Marris untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana,” jelas beliau.

Sumber: Kosmo