Belanjawan 2020: Kad95 untuk mereka yang layak terima subsidi bahan api tapi bukan penerima BSH

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemandu dan penunggang yang layak untuk menerima subsidi bahan api tetapi bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan menerima Kad95 yang membenarkan mereka membeli bahan api dengan subsidi 30 sen seliter.

Namun begitu, Program Subsidi Petrol (PSP) itu terhad kepada 100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter sebulan untuk motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kad95 ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020.

Ini juga bermakna harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur.

Menurut Lim Guan Eng, Menteri Kewangan, cara subsidi ini akan membantu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan api bersubsidi yang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun di kawasan sempadan negara.

Subsidi pula hanya layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisma Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.

Tidak ada subsidi akan diberikan sekiranya harga bahan api itu berada di bawah RM2.08 seliter.

Subsidi PSP ini akan menggunakan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion dari kerajaan dan akan memanfaatkan sebanyak kira-kira lapan juta pemandu kenderaan.

Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati harga siling petrol pada RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter diesel.

Kerajaan Sabah dan Sarawak juga dijemput untuk menyertai PSP ini.

Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. 

Subsidi itu akan diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. 

Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020; dan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, pembelian 12 kereta jenis Honda Accord dan 11 Toyota Hillux adalah bagi menggantikan…
Berita Domestik
Ini akan menjadikan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang…
Berita Domestik
  Di dalam peruntukan itu, 50 kaunter tambahan untuk motosikal akan dibina. Kaunter imigresen…