Belanjawan 2020: Kabinet lulus ambil alih 4 lebuhraya; perkenal caj kesesakan pada waktu puncak

oleh HEZERI SAMSURI|
Jemaah menteri telah meluluskan pembelian empat lebuh raya di Lembah Klang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Keempat-empat lebuhraya itu ialah:

  • Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuh Raya Sprint (SPRINT)
  • Terowong Smart (SMART)

Kerajaan juga memperkenalkan caj kesesakan untuk keempat-empat laluan bertol tersebut di mana ia akan dikenakan pada waktu puncak.

 

 

Untuk waktu biasa, caj tol diturunkan sehingga 30 peratus berbanding caj semasa dan percuma pada waktu bukan puncak.

Ini akan menjimatkan pengguna lebuhraya-lebuhraya itu sebanyak RM180 juta setahun, atau RM2 bilion sehingga pada akhir hayat konsesi yang sepatutnya.

Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guang Eng, pengambilalihan lebuhraya itu tidak akan membebankan kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya melalui kutipan tol dan caj kesesakan.

Ia juga tidak memerlukan sebarang peruntukan lagi dari kerajaan pada masa hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, pembelian 12 kereta jenis Honda Accord dan 11 Toyota Hillux adalah bagi menggantikan…
Berita Domestik
Kad95 ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020. Ini juga bermakna…
Berita Domestik
Ini akan menjadikan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang…