Belanjawan 2020: 500 bas elektrik untuk pengangkutan awam bernilai RM450 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Belanjawan 2020 yang baharu dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng menyentuh tentang perancangan kerajaan untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam.

Antara yang menarik ialah pengenalan pengangkutan awam yang mesra alam, sejajar dengan konsep bandar bersih dan hijau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan akan menyediakan sebanyak 500 bas elektrik pelbagai saiz yang akan digunakan di bandar-bandar terpilih di seluruh negara.

Projek itu akan menelan belanja sebanyak RM450 juta.

Selain dari itu, kerajaan juga mahu membantu dalam menyelesaikan masalah sambungan last mile di kawasan luar bandar dan dalam bandar dengan memberikan subsidi kepada pengusaha-pengusaha bas.

Sebanyak RM146 juta akan disediakan untuk subsidi last mile, di mana ia akan melibatkan laluan-laluan yang kurang penumpang tetapi masih memerlukan pengangkutan awam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Agensi kerajaan seperti MITI dan MARii nampaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk…
Berita Domestik
Beliau berkata, banyak perhatian telah diberikan kepada subsidi bahan api yang dijangkakan seperti…