Belanjawan 2019 - Subsidi bahan api bersasar, kereta 1,500 cc ke bawah, motor 125 cc ke bawah sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan sebentar tadi, terdapat beberapa perkara yang menarik berkenaan isu subsidi bahan api yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subsidi bersasar


Kerajaan akan memberikan subsidi bersasar kepada pemilik kereta bersesaran 1,500 cc dan motosikal bawah 125 cc dan ke bawah. 

Menerusi mekanisme baharu ini, subsidi RON95 sebanyak 30 sen seliter akan diberikan kepada kedua-dua golongan ini, namun terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal. 

Ia akan bermula seawal suku kedua 2019 dengan peruntukan sebanyak RM2 billion untuk dimanfaatkan kepada 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal. 


Harga RON95 juga akan diapungkan berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM) bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.

Suka diingatkan, pemberian subsidi kepada dua golongan sasaran pemilik kereta dan motosikal ini hanya terpakai setelah mekanisme apungan dan harga semasa RON95 ditentukan,