Belanjawan 2019 - Lebih peruntukan untuk pengangkutan awam, beku kenaikan harga tol 2019

oleh Mohamad Hanif|
Sementara itu, menerusi pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan dilihat ingin menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat dalam usaha untuk mengurangkan bebanan bulanan yang dihadapi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan ringkasan daripada bentangan berkenaan isu pengangkutan awam. 
​​​​​​​

 

  • Pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL bermula 1 Januari 2019
  • Pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan untuk bas RapidKL juga disediakan.
  • Peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM240 juta disediakan bagi kedua-dua perkhidmatan pas bulanan tersebut

 

  • Syarikat Prasarana Bhd akan memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya di tiga tempat utama
  • Ia merangkumi 1,131 bas RapidKL, 408 RapidPenang, 69 RapidKuantan dan 300 buah bas perantara MRT.
  • Bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan, Prasarana juga akan bekerjasama dengan syarikat bas swasta lain untuk pengurusan laluan, perkhidmatan dan kawalan kos. 

 

 

  • Kos pembinaan LRT3 dan MRT2 dikurangkan, manakala projek landasan berkembar Lembah Klang 2 ditawarkan secara tender terbuka 
  • Laluan LRT3 sepanjang 37 km kini melibatkan kos RM16.6 billion daripada kos asal berjumlah RM31.6 billion (penjimatan sebanyak 47%)
  • Bagi laluan MRT2 pula, kontrak pembinaan berjaya menurunkan kos kepada RM30.5 billion daripada kos asal RM39.3 billion (penurunan sebanyak 22.4%).
  • Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 yang bernilai kira-kira RM5.2 billion ditender semula berbanding penganugerahan melalui kaedah rundingan terus pada kerajaan lalu.
  • Projek MRT3 bernilai RM60 billion dibatalkan sehingga projek MRT2 siap sepenuhnya.
  • Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura juga ditangguh pelaksanaannya.

 

 

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM20 juta untuk menyediakan bas tambahan GoKL secara percuma, tambahan kepada empat laluan sedia ada.
  • Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta juga bakal menawarkan insentif subsidi berkadar faedah 2% kepada teksi, syarikat bas, serta pengendali pengangkutan awam menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

 

 

 

  • Akhir sekali, kenaikan bayaran tol di kesemua lebuhraya utama dalam bandar akan dibekukan mulai tahun 2019, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM700 juta
  • Tol motosikal di Jambatan Pertama, kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor turut dimansuhkan, juga mulai 1 Januari 2019.
  • Keutamaan diberikan kepada Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura bagi mengurangkan kesulitan berulang alik setiap hari yang dihadapi oleh rakyat dan pemastautin. 
  • Untuk itu, RM10 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf Autogate Malaysia Automated Clearance System dan M-Bike.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…