Belakang tabir: Hamilton disuruh bersabar ketika menunggang motosikal Rossi

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai sudah melihat video dan gambar dua gergasi sukan permotoran, Valentino Rossi dan Lewis Hamilton "bertukar" kenderaan masing-masing untuk satu sesi di litar Valencia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah anjuran Monster Energy, penaja besar untuk kedua-dua wira itu dan sesi "pertukaran" itu dilakukan untuk menandakan akhirnya musim 2019 untuk MotoGP dan F1.

Hamilton buat pertama kalinya dapat menunggang jentera MotoGP dan Rossi pula dibenarkan memandu kereta F1 Hamilton untuk tahun 2017, di mana beliau menjadi juara juga.

Menurut prinsipal Yamaha MotoGP, Massino Meregalli, Hamilton memang tidak sabar untuk mencuba motosikal tersebut.

Hamilton tiba ke litar itu jauh lebih awal dan belia mahu terus menunggang MotoGP itu pada jam 9.00 am, tetapi tidak dibenarkan kerana keadaan litar dan tayar yang terlalu sejuk.

 

 

Rossi pula hadir sedikit lewat dan kedua-duanya hanya boleh berada di atas litar sehingga jam 11 pagi. 

Hamilton diberitakan benar-benar menggunakan masa terhad yang ada itu untuk mencuba jentera Yamaha tersebut, dan hanya berhenti bila bendera dikibarkan.

Dalam satu wawancara, beliau mengaku berlaku satu kemalangan kecil ketika menguji motosikal Rossi itu, tetapi tidak menyebabkan kecederaan.

Hamilton pula memang sebenarnya peminat motosikal dan juga MotoGP, dan walaupun beliau hanya pernah menunggang motosikal di atas litar sebanyak lapan kali sahaja sebelum sesi dengan jentera MotoGP itu, prestasi tunggangan Hamilton dikatakan menarik perhatian Yamaha.

Ternyata Hamilton, juara dunia F1 sebanyak enam kali, masih meminati jentera dua roda.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  "Antara mereka yang mengambil bahagian di litar itu hari ini adalah Valentino Rossi, dengan…
Berita Global
  Untuk itu kami ringkaskan rekod dan pencapaian beliau terutama sekali bersama Yamaha seperti di…
MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…