Bekerja di mana sahaja dengan Nissan NV350 Caravan Office Pod Concept

oleh Mohamad Hanif|
Bekerja dari rumah (terutama ketika PKP) adakalanya memang memenatkan apabila kita merasakan diri terperangkap di dalam suasana yang serupa setiap hari tanpa perubahan persekitaran yang menyegarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu, perlunya istilah bekerja dari dalam kereta, akan tetapi tanpa kelengkapan yang sepatutnya, kerja dari kereta mungkin sekali akan bertukar menjadi kerja dari neraka.

 


Menerusi acara maya Tokyo Auto Salon 2021, Nissan membawakan sebuah konsep yang digelar sebagai Nissan NV350 Caravan Office Pod Concept yang menunjukkan bagaimana anda mampu menukar sebuah van biasa menjadi pejabat bergerak, dan caravan pada masa yang sama!

Ruang dalaman van ini menampilkan perabot meja dan kerusi pejabat yang mampu digelongsorkan dari dalam keluar.

Ciri tersebut amat berguna terutama ketika anda mahu mengambil udara yang segar, atau mencipta ruang yang lebih besar di bahagian dalam untuk tujuan berbeza, seperti menyediakan secawan kopi atau dua.

 


Setelah selesai bekerja, anda boleh merehatkan diri di atas dek khas yang dipasang atas bumbung van, lengkap dengan kehadiran payung dan kerusi malas.

Bahagian luaran van ini boleh dikatakan standard sepenuhnya, dan dikemaskan dengan balutan bahan vinil.

 


Nissan NV350 ini mungkin sekali tidak sesuai digunakan untuk meredah laluan yang sukar (off-road), namun ia pasti menjadi satu alternatif bagi mereka yang mahu mencipta sebuah pejabat bergerak yang lain daripada yang lain.

Yang pasti, sebelum menyiapkan dokumen, sila pastikan line internet pantas atau carutan akan terbit lebih pantas berbanding hasil kerja yang diidamkan!

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara yang bakal membuat kemunculan adalah Daihatsu, di mana pengeluar yang terkenal dengan…
Berita Global
Sebagai makluman, Tokyo Auto Salon 2021 dijadualkan berlangsung pada 15-17 Januari 2021 bertempat…