Bekerja dalam kereta? Honda Access jual meja, harga RM1.9 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Car Telework Desk
Car Telework Desk
Selain kit badan kereta, Honda Access Co., Ltd. juga menjual barangan yang praktikal dan boleh dimanfaatkan pengguna.

Sebagai contoh, Honda Access menawarkan meja yang boleh dipasang di dalam kereta.

Trend bekerja pada hari ini sudah berubah dan Honda Access memaklumkan keperluan untuk bekerja dalam kereta turut meningkat.

Apakah contoh bekerja dalam kereta? Tidak perlu jauh, kami sebagai jurnalis Careta sememangnya bekerja dengan kereta dan di dalam kereta (alhamdulillah).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Car Telework Desk

 

Meja yang dipanggil car telework desk dijual di dalam laman web Honda Access Yahoo! Shopping dan Honda Cars Kanagawa.

Meja ini boleh dipasang pada kerusi barisan kedua dan daripada tempat duduk terus bertukar kepada tempat bekerja.

Bukan setakat bekerja, meja ini boleh digunakan untuk tujuan lain seperti anak-anak membuat kerja rumah (yang ini kami tambah sendiri) dan semasa berkhemah atau piknik.

Meja ini mudah untuk dipasang dan ditanggalkan dan mempunyai saiz yang cukup untuk bekerja, tempat makan dan juga kerja-kerja hobi seperti memasang alat pancing.

 

Car Telework Desk

 

Dari segi rekaan, meja ini mempunyai dua tingkat dan bahagian bawah boleh dipasang menggunakan cangkuk ISOFIX.

Untuk pemilik Honda N-BOX, meja ini nampak sesuai kerana menggunakan kerusi jenis bench.

Satu lagi yang menarik, Honda Access turut menjual beg untuk membawa meja ini ke mana sahaja. Warna pun terang!

 

CAB-WORK Tote

 

Spesifikasi dan harga Car Telework Desk

  • Saiz meja atas: 865 mm (lebar), 400 mm (panjang), 20 mm (tebal), 435 mm - 710 mm (laras ketinggian)
  • Saiz meja bawah: 780 mm (lebar), 400 mm (panjang), 20 mm (tebal), 340 mm - 535 mm (laras ketinggian)
  • Anggaran berat: 8 kg
  • Bahan: Kayu pain berlamina
  • Pengeluar: White House Co., Ltd.
  • Pengedar Honda Access Co., Ltd.
  • Harga: 59,840 yen (RM1,991.24)

Beg meja CAB-WORK Tote

  • Saiz: 870 mm (lebar), 410 mm (panjang)
  • Bahan: Fabrik kanvas dan kemasan kalis air
  • Anggaran berat: 750 g
  • Pengeluar: Honda Access Co. , Ltd.
  • Harga: 7,480 yen (RM248.90)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan…
Berita Global
  Dipasarkan di Jepun, Honda Access Co., Ltd. turut menawarkan pelbagai aksesori tulen untuk ZR-V…