Bekas ratu cantik rempuh dan tumbuk polis di SJR

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Astro Gempak
Seorang bekas ratu cantik negara ditahan selepas bertindak merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) dan menumbuk anggota polis dalam satu kejadian di Lebuh Raya Persekutuan, awal pagi semalam.


Wanita berusia 28 tahun yang dipercayai mabuk itu, ditahan ketika dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Petaling Jaya bersama rakannya dalam kejadian kira-kira 2.10 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, setibanya di SJR,  wanita terbabit tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya terus merempuh sekatan.

 

Katanya, anggota kereta peronda polis segera mengejar dan menahan kenderaan suspek namun wanita itu turut menumbuk anggota polis yang cuba menahannya.

 

“Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. 

 

“Wanita berkenaan  ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Tambahnya, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

 

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua wanita berkenaan juga didapati positif dadah jenis ganja.

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan…