Bekas presiden Petronas - Wan Zulkiflee dilantik sebagai Pengarah ExxonMobil Corporation

oleh HEZERI SAMSURI|
Bekas Pengarah dan CEO Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah dilantik sebagai salah seorang pengarah syarikat minyak terbesar dunia, ExxonMobil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Businesswire.com, Wan Zulkiflee dilantik menjadi salah seorang dari 11 pengarah syarikat ExxonMobil.

Syarikat yang berpengkalan di Irving, Texas, US itu sudah memulakan usaha mencari pengarah-pengarah baharu sejak tahun 2016 bagi mengembangkan pengalaman dan pengetahuan syarikat dalam bidang-bidang seperti sains cuaca (climate science), pengurusan aset dan risiko serta pelbagai industri berkaitan.

Wan Zukiflee juga dikatakan pengarah pertama ExxonMobil yang bukan rakyat Amerika Syarikat. Beliau sekarang ini ialah pengerusi bukan eksekutif untuk Malaysia Airlines Berhad dan DRB-Hicom Berhad.

Pengalaman beliau pastinya akan digunakan sepenuhnya oleh syarikat petroleum US tersebut.


* Laporan penuh di Businesswire.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penyingkiran tersebut berlaku setelah pelabur aktivis ExxonMobil, Engine No. 1 berjaya…