Bekas presiden FIA, Max Mosley meninggal dunia akibat kanser

oleh Mohamad Hanif|
Bekas pelumba British yang turut merangkap bekas presiden FIA, Max Mosley dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Max Mosley berkhidmat selama tiga penggal sebagai presiden FIA bermula dari tahun 1993 hingga 2009.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau melakukan reformasi terhadap prosedur keselamatan di dalam sukan Formula One selepas insiden kematian pelumba F1 Aryton Senna pada tahun 1994.

Berita kematian Mosley disahkan sendiri oleh bekas eksekutif F1 Bernie Ecclestone dan menyifatkannya sebagai kehilangan bang sendiri.

"Beliau telah melakukan banyak perkara baik bukan sekadar untuk sukan permotoran, akan tetapi kepada industri kereta.

Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengesahan itu melakarkan sejarah baru buat MAM dengan kerjasama dari semua organisasi, peserta dan…
Berita Global
Jentera lumba Ferrari 499P itu bakal memberikan saingan sengit di dalam kelas Le Mans Hypercar, dan…
Informasi
  Buat pertama kali Las Vegas menjadi destinasi baharu menjelang perlumbaan musim depan dan…