Bekas pereka Murcielago ganti tugas Peter Schreyer di Kia, Hyundai dan Genesis

oleh Mohamad Hanif|
Khidmat dan peranan Peter Schreyer selaku ketua operasi rekaan Hyundai Motor Group akan diambil alih oleh Luc Donckerwolke, Timbalan Eksekutif Rekaan Hyundai dan Genesis bermula 1 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, Luc bakal memantau keseluruhan operasi unit rekaan bagi kenderaan jenama Hyundai, Kia dan Genesis manakala Peter pula kini menggalas tugas baharu sebagai ketua pengurusan reka bentuk berasaskan perundingan, bermula bulan lalu.  

Luc sebelum ini bertugas dengan cemerlang di bawah naungan Volkswagen Group bermula tahun 1992, dan di bawah Skoda pada 1994-1996 yang menyumbang kepada rekaan generasi moden Octavia dan Fabia. 
 


Tahun 1996 di Audi, beliau membuat reka bentuk Audi A4 Avant dan A2 sebelum berpindah ke Lamborghini di mana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap rekaan Murcielago, Diablo dan Gallardo. 

Karier beliau bersambung di SEAT pada tahun 2005 sebelum beliau berpindah ke Bentley sebagai pengarah reka bentuk menggantikan tempat Dirk van Braeckel yang berpindah ke VW. 

Khidmat beliau di Hyundai bermula sejak tahun 2015 selepas beliau meninggalkan VAG. 

Sama-sama kita nantikan bagaimana pereka supercar Murcielago ini bakal menunjukkan taringnya kepada  reka bentuk kereta Kia, Hyundai dan Genesis pada masa akan datang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Beliau mengetuai kaedah pembangunan produk yang diterajui oleh reka bentuk (design led) Kia…
Berita Global
Dalam satu laporan terkini daripada Business Korea, Hyundai dikhabarkan menutup secara rasmi pusat…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada Korea Times yang memetik sumber enggan dikenali,…