Bekas pereka Bentley dilantik Ketua Pereka Luaran Lotus Tech Creative Centre

oleh Muhammad Md Tajudin|
John Paul Gregory
John Paul Gregory
Perpindahan kakitangan di dalam industri automotif adalah perkara biasa. Terbaru Lotus mengumumkan perlantikan John Paul Gregory sebagai Ketua Pereka Luaran Lotus Tech Creative Centre (LTCC) di Coventry, United Kingdom.

LTCC diketuai oleh Ben Payne, bahagian yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kereta gaya hidup elektrik Lotus.

Bahagian reka bentuk di Hethel pula diketuai oleh orang lama Russell Carr yang juga Ketua Pereka Lotus.

Di peringkat lebih atas ialah Peter Horbury sebagai Naib Presiden Kanan, Penasihat Eksekutif, Reka Bentuk Group Lotus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ben Payne, Peter Horbury dan Russell Carr
Ben Payne, Peter Horbury dan Russell Carr

 

John Paul Gregory sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Reka Bentuk Luaran Aston Martin Lagonda dan Ketua Pereka Luaran di Bentley.

Sebelum Aston Martin dan Bentley, beliau adalah pereka luaran di Volkswagen.

Di Bentley, beliau berkhidmat lebih daripada 13 tahun dan kebanyakan reka bentuk luaran model di pasaran sekarang adalah hasil tangan beliau.

Di LTCC beliau menerajui kakitangan dalam penyelidikan, reka bentuk dan perjalanan masa depan Lotus dan membuat pelaporan terus kepada ketua LTCC, Ben Payne.

 

Lotus Eletre

 

Kepada yang tertanya kenapa ada beberapa nama atau bahagian Lotus, jawapannya adalah seperti berikut.

Group Lotus adalah syarikat induk Lotus Cars, Lotus Engineering dan mempunyai kaitan dengan Lotus Tech.

Pada 2017, Geely Holding Group membeli 51 peratus pegangan di dalam Group Lotus dengan baki dimiliki oleh syarikat tempatan Etika Automotive.

Lotus Cars yang terletak di Hethel, UK adalah ibu pejabat kepada operasi dan pengeluaran kereta sport dan kereta hiper Lotus selain pusat Lotus Advanced Performance.

 

Lotus Eletre

 

Di antara produk semasa Lotus Cars ialah Evija, Emira dan SUV hiper elektrik Eletre. Lotus sekarang ini membangunkan kereta sport elektrik baharu Type 135 di Hethel.

Lotus Engineering pula menawarkan khidmat perundingan kepada syarikat OEM dunia dan pembekal Peringkat (Tier) 1. 

Lotus Engineering juga bertanggungjawab dalam membangunkan basikal lumba yang digunakan oleh pasukan Great Britain di Olimpik Tokyo.

 

Lotus Evija

 

Lotus Tech adalah syarikat berkaitan (affiliate) Group Lotus dengan aset operasi di China, UK dan Eropah.

Syarikat bertanggungjawab dalam kenderaan gaya hidup elektrik bateri (BEV) seperti Eletre.

Di dalam perancangan Lotus Tech sekarang ini ialah sedan sport Type 133 dan sebuah lagi SUV iaitu Type 134.

Dari sini boleh dilihat strategi Group Lotus dalam mengekalkan warisannya dan pada masa yang sama mendepani arus elektrik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Model EV Lotus