Bekas Pengerusi Kumpulan VW, Ferdinand Piech meninggal dunia

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan akhbar Bild, bekas pengerusi kumpulan Volkswagen, Ferdinand Piech dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Piech dikatakan terjatuh di restoran pada hujung minggu lalu dan disahkan meninggal dunia. 

Cucu kepada Ferdinand Porsche itu pernah menjadi CEO Volkswagen pada tahun 1993 ketika pengeluar automotif dari Jerman itu sedang mengalami masalah kewangan. 

Dengan bantuan daripada mendiang, Volkswagen terus bertukar menjadi sebuah kuasa besar dan mampu untuk memberikan naungan kepada beberapa jenama lain seperti Bentley, Bugatti dan juga Porsche. 

 


Selain daripada itu, beliau juga turut berjaya menyelamatkan lagi beberapa jenama seperti Audi dan juga Lamborghini yang kini semakin cantik reka bentuk kenderaan mereka. 

Antara hasil kerja yang menjadi tumpuan (dan masih lagi menjadi tarikan) adalah Bugatti Veyron yang menjadi kereta produksi terpantas, terima kasih kepada enjin W16 8.0 liter yang mampu menjana 1,000 PS secara standard.

Salam takziah dari kami, warga Careta. 

Berita Berkenaan

Berita Global
VW Golf generasi ketujuh, Audi A3 generasi ketiga     Golf generasi ketujuh adalah model pertama…
Berita Global
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun anggaran kerugian mampu mencapai angka setinggi $335 juta (…
Berita Global
Jumlah penguasaan tersebut terus meningkat kepada angka 99.64 peratus, namun langkah terbaharu yang…