Bekas pelajar UMP pulang semula kereta sewa RM1/bulan selepas lima tahun, kini bergelar jurutera!

oleh Mohamad Hanif|
Komuniti Facebook dan masyarakat setempat memang sudah tidak asing dengan nama Uncle Kentang, disebabkan sikapnya yang suka membantu dan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Apa yang menarik, baru-baru ini lelaki tersebut memuat naik satu kisah yang cukup menggembirakan hatinya, apatah lagi orang yang dibantu itu kini sudah pun berjaya dan sedia untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.

Menurut hantaran di laman Facebook, seorang anak muda yang berasal dari Lahad Datu, Sabah yang juga penuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) datang memohon bantuan kereta sewa pada tahun 2017, disebabkan kampus yang agak jauh dari tempat tinggal dan ketiadaan kenderaan agak menyukarkan pergerakan.

Uncle Kentang kemudian menyumbangkan sebuah Proton Saga dengan kadar sewa yang agak murah, RM1 sebulan untuk anak muda tersebut, dan sepanjang lima tahun penggunaan tidak mendatangkan sebarang masalah kerana penyewa tersebut tahu menjaga kereta dengan baik.

"Semalam 7/4/2022, beliau pulangkan kereta kepada kami. Ini dia anak muda Sabah, seorang yang bijak mengurus hidup. Beliau lulus dengan degree Mechatronics Engineering. Seorang engineer sekarang."

Difahamkan, anak muda tersebut sudah pun mendapat tawaran di Lahad Datu dan beliau akan balik semula ke Sabah untuk mendirikan rumah tangga. Malah, bekas penyewa kereta RM1/bulan itu turut berpesan supaya Uncle Kentang memaklumkan sebarang kerosakan untuk tujuan pembaikan, supaya ia boleh digunakan oleh insan yang lebih memerlukan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  “Orang mati mana kira masa, kadang-kadang nak call (hubungi) kita susah, jadi mereka yang…