Bekas pekerja mengamuk, sanggup pandu jentolak 21 km untuk rosakkan van Vito, V-Class!

oleh Mohamad Hanif|
Akibat perasaan tidak puas hati, seorang bekas pekerja kilang Mercedes-Benz di Victoria, Sepanyol bertindak merosakkan sejumlah besar model van Vito dan V-Class dengan menggunakan jentolak backhoe jenis Caterpillar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang van kedua terbesar di dunia itu menempatkan pusat pemasangan model-model seperti Vito, V-Class, eVito dan EQV itu menyaksikan lebih daripada 50 buah model baharu yang diparkir rosak teruk.

Menurut laporan media, dalam insiden yang berlaku jam 1 pagi itu, suspek yang merupakan seorang bekas pekerja kilang pada tahun 2017 itu muncul dengan sebuah jentolak yang dicuri daripada kawasan pembinaan yang terletak kira-kira 21 km dari tempat kejadian.

Suspek yang berusia 38 tahun itu dikatakan merosakkan lebih daripada 50 unit van dan berniat untuk merosakkan lebih banyak kenderaan dengan memandu menuju ke barisan pemasangan kilang tersebut.

Insiden tersebut berakhir apabila salah seorang daripada pengawal keselamatan melepaskan tembakan amaran sebelum suspek diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sesetengah laporan menyebut sekurang-kurangnya 70 unit V-Class dan Vito yang menunggu masa untuk diserahkan kepada pelanggan terkesan akibat insiden tersebut, mengakibatkan kerugian melebihi $6 juta (RM24 juta).

Apa yang pasti, proses penghantaran model-model V-Class, EQV, Vito dan eVito bakal terjejas, dan pelanggan terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk menantikan Mercedes-Benz membina semula model-model yang rosak itu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat motif di sebalik kejadian ini sama ada berpunca daripada dendam atau masalah dalaman.

Sumber: Periodismo del Motor

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Laporan polis dibuat oleh lelaki itu di Ipoh, namun siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan…