Bekas CEO Skoda Auto kini di Proton

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bekas CEO dan juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Skoda Auto, anak syarikat milik penuh Volkswagen Group, Winfried Vahland, kini menjadi ahli lembaga pengarah Proton.

Menurut laporan dari Bernama, Vahland terkenal dengan usahanya memulihkan jenama Skoda milik Czech Republik itu sehingga menjadi syarikat global yang terkenal dan mampu mencabar Volkswagen sendiri.

Pengalaman begitu memang diperlukan oleh pengurusan baharu Geely yang diketuai oleh Dr Li Chunrong, CEO Proton Holdings.

Dr Li sendiri mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri automotif dan pernah bertugas dengan Honda, Kia dan DongFeng.

Namun begitu Proton dan Geely percaya mereka perlukan seorang yang pernah membantu menyelamatkan sebuah syarikat kenderaan dari kemelut dan kejayaan Vahland melahirkan semula Skoda menjadi sebuah jenama global yang disegani memang satu pilihan yang tepat.

Dengan ini perancangan Proton untuk menjadi pemain global berada di laluan yang tepat dan mungkin segala komen-komen akan lenyap apabila nama Proton mula muncul di pasaran global.

Dalam nota lain, jika anda ingin tahun maksud nama Dr Li Chunrong, rakan Careta, Drex Chan memberitahu bahawa:

  • Chun bermaksud "spring" atau musim bunga, musim pertama setiap tahun
  • Rong pula bermaksud "prosperity" atau "glory", kemakmuran
  • Li pula ialah nama keluarga beliau.


Hebat juga nama CEO baharu Proton ini ya. 

Kodiaq
Skoda Kodiaq Spitfire (tiada kena mengena dengan Kodiang di Kedah)  adalah antara produk terbaharu Skoda. Skoda suatu ketika dahulu menghasil kereta-kereta yang sub-standard dan menggunakan teknologi yang jauh terlalu lapuk. Gambar dari NetCarShow

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…