Bekas CEO PETRONAS disingkir daripada barisan pengarah ExxonMobil

oleh Mohamad Hanif|
Bekas Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee akan dikeluarkan daripada barisan lembaga pengarah Exxon Mobil Corporation setelah empat bulan dilantik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyingkiran tersebut berlaku setelah pelabur aktivis ExxonMobil, Engine No. 1 berjaya memperluaskan pengaruhnya dengan menguasai tiga tempat duduk barisan pengarah berdasarkan undian awal.

Menurut laporan terdahulu daripada Energy Voice, pelantikan Zulkiflee sebelum ini menimbulkan kegusaran di kalangan pemerhati industri di Malaysia yang sukar untuk melihat nilai yang bakal dibawakan oleh beliau kepada syarikat minyak Amerika Syarikat itu.

Sumber industri Malaysia memberitahu Energy Voice, "melihatkan kepada skala dan cabaran yang dihadapi oleh ExxonMobil yang meliputi peralihan tenaga, kehilangan kepercayaan oleh pasaran model global serta risiko dividen, tiada satu pun pengalaman Wan Zul yang dapat membantu.

"Engine No. 1 merupakan contoh buku teks kekuatan yang membentuk pelaburan global. Dengan memfokuskan kepada kegagalan pengurusan yang jelas di dalam ExxonMobil seperti dasar karbon, kegagalan pelaburan modal dan kekurangan tujuan dan visi, mereka berjaya membawa bersama pelabur industri sekaligus mencapai kemenangan," ujar eksekutif syarikat minyak berpengkalan di Kuala Lumpur yang enggan dikenali namanya.

Wan Zulkiflee telah berkhidmat sebagai presiden dan CEO PETRONAS sejak tahun 2015 hingga 2020 sebelum mengundurkan diri pada Jun tahun lalu.

Sumber: Energy Voice