Bekas bos Dyson kini dilantik sebagai CEO baharu Volvo

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Traced News
Barisan pengarah Volvo telah melantik Jim Rowan sebagai CEO dan presiden baharu Volvo Cars bagi menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Hakan Samuelsson.

Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut memegang jawatan sebagai ketua pegawai operasi (COO) untuk syarikat yang sama, serta memegang jawatan sebagai COO di syarikat BlackBerry.

Hakan Samuelsson menyertai Volvo Cars sebagai ahli barisan pengarah pada tahun 2010 dan memegang jawatan CEO sejak daripada tahun 2012.

Namun, beliau akan terus mengekalkan jawatannya di Volvo Cars sehingga Mac ini, selain kekal sebagai pengerusi Polestar.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penawaran sistem mild hybrid bukan lah suatu perkara baharu bagi jenama lain dalam industri…
Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…