Bekalan komponen pulih, jualan Proton meningkat, 9,792 unit terjual pada bulan Mei

oleh SALINA JALIL|
Proton mencatatkan jualan sebanyak 9,792 unit (tempatan + eksport) bagi bulan Mei setelah berjaya meningkatkan pengeluaran dengan mengatasi isu bekalan komponen.


Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding dengan April 2022 dan 3.7 peratus berbanding dengan Mei 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berbanding dengan pasaran automotif secara keseluruhan pula, Proton kekalkan kedudukan di tangga kedua dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 19.6 peratus manakala jumlah pegangan pasaran tahunan (YTD) dianggarkan berada pada 17.1 peratus.

 

Proton X50 terus menguasai pasaran SUV selepas 2,779 unit didaftarkan pada bulan Mei. X50 juga menyandang kedudukan pertama bagi SUV segmen-B dan juga segmen SUV secara keseluruhan. 


Dua lagi model Proton yang kekal di tempat pertama di segmen masing-masing adalah Proton X70 dan Proton Exora dengan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.


Model paling laris Proton, Saga, berjaya mencapai 3,996 unit pada bulan Mei, menempatkan ia di tangga kedua bagi sedan segmen-A. 

 

Pencapaian ini agak baik memandangkan Proton sedang dalam proses peralihan model dari versi lama ke versi Proton Saga 2022 yang dilancarkan pada 12 Mei lalu. Setakat ini, lebih 12,000 tempahan telah diterima.

 

 

Di pasaran eksport pula, sebanyak 1,482 unit Saga telah terjual, penambahan sebanyak 71 peratus berbanding tahun lepas. Jualan eksport bulan Mei adalah sebanyak 513 unit adalah penambahan sebanyak 12.5 peratus berbanding bulan April, manakala jualan keseluruhan tahunan sebanyak 2,086 unit adalah penambahan sebanyak 47.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021. 


Bagi lima bulan pertama tahun ini, Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 1,350 unit diikuti oleh Mesir dan Brunei dengan 172 dan 158 unit.


Roslan Abdullah, Timbalan Pegawai Eksekutif, Proton berkata, “Peningkatan jualan Proton pada bulan Mei adalah disebabkan Syarikat menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran. 


Sama seperti semua jenama dalam industri automotif, kami masih berusaha untuk mendapat bekalan komponen supaya boleh memenuhi tempahan yang tertunggak dan oleh itu, Proton amat menghargai kesabaran pelanggan yang tetap memberi sokongan kepada kami.” 

 

roslan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…