Beg udara TAKATA - Pengeluar Jepun mahu beli kembali 60 ribu kereta bermasalah di Australia

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan impak yang menimpa disebabkan kempen panggil semula yang melibatkan kenderaan dilengkapi beg udara Takata, rata-rata pengeluar automotif Jepun mahu 'membeli semula' kenderaan tersebut dari pasaran Australia sebagai langkah mengurangkan kos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih daripada 60,000 kenderaan terlibat dengan kempen panggil semula beg udara Takata, dan langkah membeli semula kenderaan tersebut dilihat mampu menjimatkan kos daripada menggantikan keseluruhan unit yang terjejas. 

Menurut laporan terbaharu bertarikh 10 Januari 2020 daripada Australian Competition and Consumer Commission (ACCC), Toyota, Mazda dan Suzuki mengumumkan kempen recall melibatkan 18,000 unit kenderaan yang dibina dari tahun 1996 sehingga 1999. 

Toyota bakal menawarkan program sewa ganti kenderaan untuk jangka masa yang panjang sekiranya pemilik enggan menjual kereta mereka sehinggalah masalah tersebut selesai. 

Langkah yang sama bakal diikuti oleh Honda dan Mitsubishi melibatkan lebih daripada 42,000 unit kenderaan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…