Honda memperkenalkan teknologi beg udara motosikal pengeluaran pada tahun 2005, diikuti oleh pengeluaran model Gold Wing Airbag pada tahun 2006, yang merupakan motosikal pengeluaran pertama di dunia dilengkapi dengan beg udara.
Beg udaranya berbentuk V, bagi menawarkan kestabilan apabila penunggang bersentuhan dengannya.
Sistem beg udara motosikal ini hanya diaktifkan dalam impak berdepan apabila nilai kemungkinan yang ditetapkan dikesan. Pada dasarnya, ia tidak akan diaktifkan semasa pelanggaran dari tepi atau belakang, mahupun semasa jatuh.
Perlanggaran mungkin melibatkan pelbagai faktor, seperti kesan sudut, dan beg udara tidak boleh membantu mengurangkan keterukan kecederaan dalam semua kes.
Penggunaan jaket dengan beg udara mungkin lebih berkesan dalam kebanyakkan kes kes kemalangan, namun begitu beg udara motosikal turut berperanan mengurangkan lagi impak kemalangan apabila digabungkan penggunaannya dengan jaket beg udara.