Beetle, Scirocco pergi mungkin takkan kembali - VW

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Beetle dan Scirocco merupakan antara plet nama klasik yang pernah dihidupkan semula dengan pendekatan yang lebih moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mengembalikan semula nostalgia model-model tersebut mungkin agak sukar, ini kerana CEO VW, Thomas Schäfer berpendapat sebaliknya.

Beliau memberitahu Autocar, "model seperti Beetle mungkin akan membuat kemunculan semula pada masa hadapan, namun daripada sudut pandang saya sekarang, saya tidak akan mempertimbangkannya.
 

sciroco


Sama juga halnya dengan Scirocco, ini kerana syarikat VW "perlu melabur wang pada tempat yang sepatutnya."

Kita mungkin tidak dapat melihat kemunculan semula Beetle dan Scirocco baharu, namun Schäfer menjelaskan VW tidak akan terus membunuh nama-nama ikonik tersebut.

"Kami membuat keputusan tidak akan membuang nama-nama tradisional yang telah berjaya, yang telah kami laburkan untuk sekian lama seperti Golf dan Tiguan.

 

VW


Dengan adanya platform modular MEB yang menjadi asas kepada beberapa EV sedia ada, tidak mustahil untuk Volkswagen menghidupkan semula model seperti Beetle mengikut konfigurasi yang asal seperti pacuan roda belakang dan dipadankan dengan rekaan retro moden.

Schäfer walau bagaimanapun menjawab: "adalah tidak masuk akal untuk mengembalikan semula model-model tersebut. Masa mereka sudah pun berlalu."

Sumber: Autocar