Beetle baharu mungkin elektrik dan Rear Wheel Drive!

oleh HEZERI SAMSURI|
Beetle modern memang cantik, laju dan menjimatkan tetapi Beetle generasi seterusnya dikhabarkan akan terus lari dari konsep sekarang.

Menurut laporan AutoCar, pengerusi VW, Herbert Diess berkata beliau menafikan bahawa sudah ada rancangan untuk Beetle terbaharu.

Namun begitu, beliau kemudian menambah bahawa jika VW mahu membuat Beetle baharu, ia akan menggunakan teknologi elektrik yang lebih baik dari teknologi yang ada sekarang dan ia perlu lebih dekat dengan sejarah Beetle - pacuan roda belakang.

Platform MEB milik VW itu sangat sesuai untuk kenderaan elektrik (EV) dan kerana ia fleksibel, ia boleh menjadi pacuan roda depan, belakang atau semua roda.

Sebenarnya, dengan teknologi bateri, kereta EV tidak perlu mengikut bentuk kenderaan sekarang kerana enjin tidak perlu wujud dan ia membebaskan ruang hadapan dan belakang.

Masalah dengan kereta EV sekarang ialah ia menggunakan konsep rekabentul yang terlalu modern dan terlalu “spaceship”.

Pengguna memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan kenderaan EV yang mempunyai bentuk yang berlainan.

Kenderaan hybrid sepenuhnya juga masih mempunyai masalah rekabentuk yang terlalu “geek” dan hanya disukai oleh mamat-mamat komputer.

Toyota Prius, Hyundai Ioniq dan Honda Insight adalah contoh kenderaan hybrid sepenuhnya di mana mereka tidak ada varian enjin biasa.

Bukan semua orang minat rekabentuk dari planet.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ford Motor dan Volkswagen Group mungkin akan mengumumkan satu talian kerjasama antara kedua gergasi…
Berita Domestik
Peluang untuk mencuba kenderaan di litar tersebut juga bukan sesuatu yang baharu. Malah, Perodua…
Berita Global
Menerusi kerjasama ini, syarikat Blue Oval dilihat mahu meningkatkan tahap keuntungan mereka di…