Bedford Harimau – Pickup trak murah pertama untuk pasaran Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pada era 1960 dan 1970an timbul idea menghasilkan kenderaan yang sangat asas untuk dijual kepada negara dunia ketiga, kenderaan ini dikategorikan sebagai Basic Utility Vehichle (BUV), General Motor (GM) syarikat automotif gergasi no. 1 dunia ketika itu melalui anak syarikatnya Vauxhall yang berpangkalan di UK manakala Bedford pula anak syarikat Vauxhall yang menghasilkan kenderaan komersial untuk pasaran Malaysia dengan model Bedford Harimau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

General Motor mengambil alih kilang pemasangan kenderaan dari Capital Motors Assembly di Johor baru pada 1971 dan membuat pemasangan kereta dibawah jenamanya Opel, Vauxhall, Holden dan Bedford di Malaysia. General Motor yang terkenal dengan pelbagai jenama diluar Amerika Syarikat termasuk Opel dari Jerman, Holden dari Australia, Vauxhall dan Bedford dari UK.

 

Kilang pemasangan di Johor pernah membuat pemasangan Opel Kadett dan Bedford Harimau. Malah GM telah membawa masuk Holden Kingswood yang harga dikategorikan sebagai premium setanding Mercedes 220 dan Ford Cortina di Malaysia ketika itu.

 

 

 

Percubaan General Motor memperkenalkan kenderaan BUV di Malaysia dan di Asia Tenggara dengan membawa model Bedford Harimau pada 1972 dan Malaysia merupakan negara pertama menerima model ini sebelum negara lain.

 

 

Dilaporkan BedFord Harimau hanya berjaya menarik pelanggan dari sektor perladangan di Malaysia sepanjang diberada dipasaran. Faktor ini menyebabkan Bedford Harimau sangat sukar dijumpai masih dalam keadaan baik diatas jalan raya sekarang berbanding model yang sama dinegara lain.

 


Rekebentuk Bedford Harimau yang tidak kompleks dan tahan lasak yang dilihamkan dari program kenderaan murah dan asas dari General Motor Basic Transportation Vehichle (BTV) nama selain dari Basic Utility Vehichle (BUV). Pengeluar lain yang menghasilkan program yang hampir sama dengan BUV dengan nama yang berbeza:

 


- Citroen : Easy to Finance, Easy To Build
- DAF (Pengeluar kenderaan dari Belanda) : BATU (Basic Automotive Transport Unit)

 


Melihat penghasilan Bedford Harimau oleh General Motor, Ford memperkenalkan Ford Fiera di Filipina. Konsep rekaan yang sama murah, sangat asas dan tahan lasak. Ford lebih berjaya menghasilkan Ford Fiera sehingga menghasilkan 4 generasi Ford Fiera.

 

 

 

Rekebentuk Bedford Harimau pada asalnya diambil dari perkongsian platform chasis dan enjin dari Vauxhall Viva dan Bedford HA

 

px 1

 

 

Terdapat 3 rekabentuk badan Bedford Harimau yang direka khas untuk membawa penumpang tetapi tidak mendapat menarik pembeli di Malaysia berbanding rekabentuk badan mengangkut barang perdagangan dan perladangan.

 


 

 

 

 

Dinegara lain Bedford Harimau dikenali sebagai :


- Amigo : Filipina, Costa Rica dan Portugal
- Morina : Indonesia
- Tapir : Guyana
- Compadre : Honduras
- Pinolero : Nicaragua
- Moetete 1200 & 1300 : Suriname
- Plai Noi : Thailand
- Cherito : El Salvador
- GM Mitai : Paraguay

 

 

px3

 

 

Katalog Bedford Harimau pada 1974 :
 

 

 

 

Surat rasmi General Motor Malaysia Sdn Bhd berkenaan pengedaran katalog Bedford Harimau di Malaysia

 

px5

 

 


Model naik taraf  Bedford Harimau dilengkapkan dengan enjin yang dibekalkan dari Isuzu lebih berkuasa dari enjin yang sama digunakan dari model Vauxhall Viva pada model awal Bedford Harimau yang berkapasiti 1256cc dan hanya mampu menghasilkan 37 kuasa kuda sahaja.

 

 

px6

 


Apa yang terjadi kepada General Motor Malaysia Sdn Bhd dan Bedford Harimau?

 

General Motor mengambil keputusan untuk meninggalkan pasaran automotifnya di Malaysia pada tahun 1980 dengan menjual kilang pengeluaran kepada Oriental Holding yang kemudiannya memasang kereta keluaran Honda untuk pasaran Malaysia. General Motor mengambil keputusan ini kerana pasaran kereta tempatan pada 1970an dan awal 1980an sudah beralih kepada kenderaan keluaran Jepun dari Datsun/Nissan, Toyota, Honda dan Mitsubishi.

 


Toyota memperkenalkan Toyota Kijang di Indonesia pada tahun 1975 dan Toyota Kijang adalah Basic Utility Vehichle (BUV) yang paling berjaya dihasilkan sehingga kini 6 generasi. Hampir semua pengeluar kereta yang menghasilkan kenderaan BUV yang pertama pada era 1970an mempunyai rekebentuk yang hampir sama dengan Bedford Harimau. BUV sangat popular di Asia Tenggara sehingga digelarkan sebagai Asian Utility Vehichle (AUV)

 

 

px7

 


General Motor mengakhiri penggunaan jenama Bedford pada 1991 manakala pengeluaran kenderaan komersial dari kilangnya sendiri ditamatkan lebih awal pada tahun 1987. Pada tahun 2017 General Motor melepaskan kesemua saham-sahamnya didalam Vauxhall dan Opel kepada Groupe PSA (Peugeot dan Citroen).

 

 

px8

 

 

 

 

 

 


Penulis : Muhamad Qalif
Pautan rujukan :
- http://www.truckerlinks.dk/engelsk/bedford.htm
- http://www.curbsideclassic.com/curbside-classics-american/automotive-history-compadre-the-anti-cadillac-for-developing-nations/
- https://en.wikipedia.org/wiki/Vauxhall_Motors
- https://www.autopaper.com/1974-general-motors-btv-press-kit-media-release-basic-transportation-overseas.php
- https://en.wikipedia.org/wiki/Basic_utility_vehicle
- https://en.wikipedia.org/wiki/Bedford_HA
- https://www.amazon.com/GMC-Amigo-Malaysia-Portugal-Ecuador/dp/B00U4GR0R6
- https://www.alexmiedema.nl/2017/12/16/digitaal-museum-general-motors-btv/