Beberapa jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup pada 3 dan 4 Jun ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa jalan utama di negeri ini akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu dan Ahad ini bagi memberi laluan kepada kejohanan lumba basikal Ketua Polis Negara tahun ini.


Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata penutupan jalan-jalan utama akan dilakukan pada 3 Jun bermula 12 malam hingga 4 Jun pada 1 tengah hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

"Jalan-jalan utama yang terlibat sepanjang kejohanan bagi acara lebuh raya melibatkan dua daerah iaitu Timur Laut dan Barat Daya.

"Antara jalan yang terlibat ialah Padang Kota Lama (permulaan dan penamat), Lebuh Light, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Burma, Jalan Kelawai, Jalan Teluk Bahang, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lain lagi.

"Bagi acara tahun ini, hanya 17 pasukan dan seramai 204 peserta dari kontijen dan formasi Polis Diraja Malaysia terlibat," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Katanya, tiga acara berasingan, iaitu acara lebuh raya, ujian masa dan kriterium akan dipertandingkan dalam program yang akan berlangsung bermula 6.30 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Tambahnya, dengan Pulau Pinang menjadi tuan rumah tahun ini, acara ini akan dirasmikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.

Soffian turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan petugas lalu lintas serta bekerjasama dalam menjayakan acara tahunan itu.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…