Beam Safety Academy - didik kesedaran penggunaan e-skuter yang selamat

oleh Mohamad Hanif|
Pengendali operasi e-skuter Beam di Malaysia baru-baru ini menganjurkan kelas Beam Safety Academy bertempat di 1 Utama Shopping Centre.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kelas Beam Safety Academy ini bertujuan mendidik para pengguna berkenaan penggunaan e-skuter dan kemahiran keselamatan yang diperlukan untuk pengguna permulaan dan lanjutan.

Beam Safety Academy yang pertama kali diadakan itu mendapat sambutan yang positif di mana hampir 50 orang menyertai program itu secara percuma pada 15 Mei yang lalu.

Menurut Isabelle Neo, Naib Presiden Hal Ehwal Awam di Beam Mobility berkata, "Keselamatan merupakan keutamaan bagi Beam, dan bagi kami keselamatan bukan sekadar memastikan penunggang kami mempunyai kenderaan yang dapat memenuhi keperluan keselamatan yang diperlukan.

"Kami berusaha untuk memastikan setiap pengguna Beam peka dengan persekitaran sekeliling, mampu untuk mengawal kenderaan mereka, dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Beam Safety Academy memberikan tunjuk ajar satu demi satu berkenaan penggunaan e-skuter yang selamat, seperti kaedah parkir, undang-undang keselamatan, dan kepentingan mematuhi peraturan mobiliti mikro yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sebagai penghargaan, Beam menganugerahkan kredit secara percuma kepada setiap peserta yang terlibat di dalam Beam Safety Academy ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaras dengan visinya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan aliran trafik di Malaysia,…
Berita Domestik
Tinggal beberapa minggu sebelum 2022 melabuhkan tirainya, pembekal perkhidmatan mobiliti mikro,…
Berita Domestik
Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini dengan…