Beam Mobility kini beroperasi di 6 bandar utama seluruh Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat perkhidmatan mobiliti mikro, Beam Mobility Malaysia kini telah beroperasi menyediakan sewaan e-skuter nya di 6 bandar utama seluruh Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selaras dengan visinya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan aliran trafik di Malaysia, perkhidmatan Beam Mobility telah diluaskan ke Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan dan Langkawi.

 

2

 

Pada tahun 2022, Beam Mobility telah mencatatkan lebih 65% pengguna baru berbanding tahun 2021, dimana ia kini memiliki lebih 800,000 pengguna perkhidmatan tersebut.

Ketersediaan penyewaan e-skuter oleh Beam Mobility telah memberikan impak yang positif kepada cara pengangkutan orang ramai, terutama di 6 kawasan bandar tersebut.

 

3

 

Pada tahun 2022 juga, syarikat itu berjaya merekodkan lebih 2 juta km jarak perjalanan dari semua penggunanya yang menandakan kedatangan pengangkutan zaman baharu.

Kejayaan itu juga dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, dimana ia dapat mengelakkan sebanyak 486 tan pelepasan karbon oleh kenderaan berenjin dengan jarak gerak yang sama.

 

4

 

Dengan prestasi kukuhnya pada tahun 2022, Beam Mobility kini merancang untuk meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan e-skuter itu di banyak lagi kawasan seluruh Malaysia.

Untuk menarik ramai lagi pengguna baru khusus di Kuala Lumpur, Beam Mobility sedang menawarkan promosi Beam Universal Pass Promo.

 

6

 

Terhad 15 minit sehari, pengguna dapat menikmati tunggangan tanpa had selama seminggu pada harga RM9.99 sahaja melalui promosi pas bulanannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan e-skuter itu, anda boleh memuat turun aplikasi Beam di Apple App Store dan Google Play Store, atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk info terkini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tinggal beberapa minggu sebelum 2022 melabuhkan tirainya, pembekal perkhidmatan mobiliti mikro,…
Berita Domestik
Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini dengan…
Berita Domestik
Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan e-skuter kongsi…