BBS Jepun jadi pembekal rasmi roda aloi F1

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat roda aloi dari Jepun, BBS akan menjadi pembekal eksklusif untuk perlumbaan Formula 1 dan juga Nascar bagi musim ini.

BBS Japan telah menandatangani kontrak selama empat dan tiga tahun dengan F1 dan Nascar untuk memastikan semua jentera perlumbaan akan berlumba menggunakan roda aloi yang sama dengan tujuan untuk menurunkan kos pasukan-pasukan dan untuk mengimbangi faktor perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BBS sudah lama menjadi antara pembekal roda aloi untuk pasukan F1 dan walaupun nampak enteng, pasukan-pasukan utama seperti Mercedes-Benz dan Ferrari memang akan menggunakan komponen terbaik dan terkini untuk mencari titik optimum bagi jentera perlumbaan mereka.

Penggunaan komponen yang sama mengimbangi faktor perlumbaan agar skil dan teknik pelumba menjadi faktor yang lebih penting.

Roda aloi saiz 18 inci akan mula digunakan untuk perlumbaan F1 dan Nascar tahun ini. 

Menurut Takahiro Maeda, presiden untuk kumpulan Maedakosen, pemilik BBS, syarikatnya mahu menunjukan bahawa roda aloi yang dijual di pasaran itu sebenarnya dihasilkan dari kilang dan menggunakan proses yang sama dengan roda aloi yang digunakan oleh F1 dan Nascar.

BBS Jepun kini menghasilkan semua roda aloi tempaan (forged wheels) untuk jenama BBS Jerman dan ia juga menjadi pembekal roda aloi khusus bagi Aston Martin untuk tahun 2021.


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…