BBS fail bankrap buat kali ketiga!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 merupakan tahun yang amat sukar dan mencabar buat para pemain automotif global, dan salah sebuah syarikat yang terjejas adalah pengeluar rim terkemuka dunia, BBS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Hypebeast, BBS telah pun memfailkan muflis pada 16 Julai yang lalu. 

Syarikat yang kini dimiliki oleh NICE Holdings Co yang berpengkalan di Korea Selatan itu mengajukan pengisytiharan kebangkrapan yang serupa dengan Bab 11 di Jerman yang memberikan "ruang untuk bernafas" kepada syarikat yang terkesan.

BBS mendakwa, pemfailan muflis tersebut dibuat oleh kerana permintaan yang semakin berkurangan, serta produksi yang dihentikan akibat COVID-19. 

Jenama BBS diambil alih oleh NICE pada tahun 2015, dengan memiliki kekuatan 1,200 orang pekerja di Amerika Syarikat. 

Sebelum ini, BBS telah pun memfailkan bankrap sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2007 dan tahun 2011. 

BBS diasaskan pada tahun 1970 sebagai BBS Kraftfahrzeugtechnik AG di Schiltach, jerman sebagai sebuah syarikat rim aftermarket untuk para penala kereta, kereta sports, kereta lumba dan sebagainya. 

BBS juga turut bertindak sebagai syarikat pembekal OEM kepada syarikat automotif seperti BMW, Porsche dan juga Audi. 

Sumber: Hypebeast

Berita Berkenaan

Berita Global
SsangYong mendakwa kelewatan pembayaran tersebut adalah disebabkan prestasi perniagaan yang semakin…
Berita Global
Selain daripada itu, Garrett Motion juga dikatakan berselisih faham dengan Honeywell International…