Pakej yang pertama merupakan BBR Stage One yang menampilkan penggunaan unit pengecas lampau C30-94 Rotrex, serta komponen sokongan yang dibangunkan sendiri oleh BBR seperti takungan minyak dan penyejuk minyak Rotrex, bracket, intake restrictor, sistem kemasukan udara sejuk, intercooler, hos silikon, sistem perpaipan intercooler, serta dump valve.
BBR juga turut menawarkan unit pemancit Bosch, penderia suhu Bosch, serta talaan ECU, membolehkan enjin asal berupaya mengekstrak sehingga 250 hp dan 288 Nm.
Pakej kedua pula merupakan naiktaraf Stage Two yang menampilkan komponen yang sama seperti Stage One, namun dengan penambahan seperti modul bahan api BBR, palam pencucuh NGK Iridium, penapis minyak, pengehad kemasukan, dan talaan ECU bespoke.
Hasilnya, talaan Stage Two ini mampu mencapai kuasa setinggi 300 hp dan 308 Nm!
Kedua-dua pakej turut menawarkan launch control, flat shifting serta fungsi rev-match automatik apabila membuat penukaran gear rendah.
Harga jualan adalah seperti berikut:
BBR Stage One
-£4,995 @ ~RM28,433 (pemasangan di fasiliti BBR)
-£4,095 @ ~RM23,311 (pemasangan sendiri)
-£4,590 @ ~RM26,128 (pemasangan sendiri dengan opsyen perisian BBR)
BBR Stage Two
-£5,995 @ ~RM34,127 (pemasangan di fasiliti BBR)
-£4,795 @ ~RM27,295 (pemasangan sendiri)
-£5,290 @ ~RM30,133 (pemasangan sendiri dengan opsyen perisian BBR)