Bazar Ramadhan pandu lalu, e-bazar antara cadangan KKM

oleh Mohamad Hanif|
ALTERNATIF lain bazar Ramadan perlu dipertimbangkan berikutan bulan puasa bakal bermula dalam masa tiga minggu lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sebagai contoh mungkin kita boleh melakukan e-bazar, bazar dalam talian atau bazar pandu lalu.

“Ini akan menghalang orang ramai berkumpul dan memastikan penjarakan sosial,” katanya pada sidang akhbar harian kementerian mengenai pandemik Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa bahawa keputusan sama ada untuk mengadakan bazar Ramadan masih belum dibuat.

Di Twitter Annuar berkata pihak berkuasa tempatan akan memberi taklimat kepadanya pada Jumaat mengenai cadangan berkenaan bazar Ramadan.

Beliau juga berkata sebarang keputusan akan berpandukan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

 


Noor Hisham berkata kaedah alternatif untuk mengadakan bazar Ramadan perlu  dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan untuk dinilai.

“Kami terbuka dengan idea baharu yang boleh disalurkan kepada kementerian.

“Kami kemudian akan melihat garis panduan sebelum meluluskan sebarang idea baharu,” katanya.

Ramadan akan bermula pada 23 April, seminggu selepas perintah kawalan pergerakan berakhir pada 14 April.

Mengenai sama ada orang ramai boleh kembali ke kampung halaman mereka untuk berhari raya Noor Hisham berkata masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada jangkitan Covid-19 boleh dikawal.

“Tetapi berdasarkan data kami, ia menunjukkan tanda-tanda boleh dikawal.

“Apa yang lebih penting dalam masa dua minggu akan datang kita semua perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insight
Sumber gambar: Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6…
Berita Domestik
  Beliau berkata, kerajaan negeri melantik 800 penghantar makanan atau runner untuk menghantar…