Pasangan yang tinggal di pekan Serang di Banten itu dalam perjalanan ke hospital bila si ibu mula melahirkan bayi pertama di dalam MPV paling popular di Indonesia itu.
Menurut ayahnya, Azri Prihatna, nama Avanza itu mempunyai makna yang baik.
"Avanza bermaksud kemajuan dan kami berharap anak-anak kami ini akan membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna," terangnya kepada laman web kompas.com.
Bayi kembar tiga itu diberi nama Nazrina Khaira Avanza, Nazrina Haura Avanza dan Nazrina Khaula Avanza.
Ketiga-tiganya selamat dilahirkan pada 27 Ogos lalu dengan bantuan seorang sudara yang menemani suami isteri itu ke hospital di Cilegon, 25 km jauh dari rumah keluarga itu.
Menurut laporan media tersebut lagi, sebenarnya hanya bayi pertama dilahirkan 5 km selepas memulakan perjalanan.
Mereka membuat pusingan U dan pergi ke klinik berhampiran di mana ibunya Mumun Muafiyah melahirkan dua lagi bayi.
Pasangan itu tidak menjangkakan akan menerima tiga orang cahaya mata kerana imbasan ultrasound hanya menunjukan kembar dua.
Di Malaysia juga sudah ada insiden nama kenderaan diberikan kepada anak-anak.