Bayi guna tempat duduk kanak-kanak terselamat dalam kemalangan 4 kenderaan di Sibu 

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang bayi berusia sebulan terselamat dari kecederaan serius kerana tindakan ibunya yang menggunakan tempat duduk kanak-kanak.

Kemalangan yang berlaku semalam melibatkan empat buah kenderaan itu berlaku di Jalan Oya berhampiran Hospital Sibu apabila seorang pemuda berusia 20 tahun gagal mengawal kenderaannya dan masuk ke laluan sebelah.

Pemuda yang tidak mempunyai lesen kenderaan itu melanggar sisi sebuah bas sebelum menghentam sebuah lori dua tan dan kemudiannya merempuh sebuah kereta Perodua Bezza di mana bayi itu berada bersama ibunya.

Menurut laporan The Star, pemuda itu sedang cuba untuk memasang pelindung suria pada tingkap sebelah pemandu sebelum beliau hilang kawalan.

OCPD Sibu, Asst Comm Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian tersebut.

Ibu kepada bayi itu sedang menghala ke Permas Jaya ketika kemalangan tersebut berlaku. Beliau membeli tempat duduk kanak-kanak itu dua tahun yang lalu, sebelum ia dikuat-kuasakan.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan PlantBasedNews.org, PETA telah mendedahkan sejumlah hairan yang dipaksa untuk duduk…
Berita Domestik
Anthony berkata Malaysia perlu mengikut peraturan tersebut kerana negara sudah berjanji untuk…