Bayaran tol secara terbuka di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya BKE menjelang September

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Projek Lebuhraya Utara Selatan (M) Bhd (PLUS) sedang membuat persediaan awal untuk menyediakan sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).


Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata ia akan membolehkan pemandu menggunakan kad kredit dan debit untuk membayar tol menjelang September ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

"PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat ini menjelang September yang akan datang.

 

"Malah, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.

 

"Manakala di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

Menurutnya, pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila ia dilaksanakan kelak.

 

“Pihak PLUS sentiasa bersedia meneroka dan menguji kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” tambah beliau yang menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di beberapa buah lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang.

 

Nanta sebelum ini dilapor berkata, pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September depan.

 

Katanya, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan.

 

Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan China Press, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ketika menerajui kerajaan selama…
Berita Domestik
Menurut kenyataan, video tersebut merupakan isu lama yang terjadi pada tahun 2019 dan sudah pun…
Berita Domestik
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu berdasarkan…