Seramai 3,100 orang hadir membayar saman dengan pihaknya menyediakan 15 kaunter semakan, pinda dan pembayaran selain 14 mesin e-payment (pembayaran secara dalam talian).
"Sepanjang tempoh itu sebanyak 3,663 saman K257 dan 13,339 saman K170A dijelaskan dengan secara keseluruhan kutipan bayaran diperolehi sebanyak lebih RM1.87 juta.
Kaedah bayaran secara tunai berjumlah RM270,850, bayaran secara e-payment RM882,340 dan bayaran guna kupon 50 peratus berjumlah RM725,430.
Penawaran diskaun berkenaan sehingga Sabtu, 9 November dengan seramai 40 petugas diatur dan pihaknya turut menyediakan khemah untuk aplikasi My Bayar Polis Diraja Malaysia (PDRM), khemah orang kurang upaya, warga emas dan wanita hamil selain 350 kerusi menunggu.
Artikel sepenuhnya di Harian Metro