Program langganan yang digelar sebagai Acceleration Increase itu sudah pun boleh didapati di laman web dalam talian, dan mengenakan kos sekitar $1,200 (RM5,376) setahun.
Perkhidmatan langganan baharu ini mampu meningkatkan kuasa kuda sebanyak 20 hingga 24 peratus, bergantung kepada output kilang asal EV tersebut.
Dengan mengubah beberapa aspek seperti karakteristik lekuk kuasa, daya kilas serta output maksimum motor elektrik, para pemilik Mercedes-EQ mampu merasakan peningkatan kuasa terutama dari segi pecutan.
Seperti contoh, Mercedes EQE 350 4Matic boleh ditingkatkan kuasa daripada 288 hp kepada 349 hp, dengan pecutan 0-96 km/j dalam masa 5.1 saat (berbanding catatan asal 6.0 saat).
Manakala EQS 450 4Matic pula boleh mendapatkan kuasa tambahan 108 hp kepada 443 hp yang membolehkan pecutan 0-96 km/j dibuat sepantas 4.5 saat sahaja.
Sumber: Mercedes-Benz AS