Bayar RM28,700 untuk dapat iPhone 13 dari badan Tesla Model3?

oleh HEZERI SAMSURI|
Caviar, pembuat barangan ultra mewah dari sebuah syarikat gabungan Itali dan Russia telah meleburkan sebuah Tesla Model 3 untuk dijadikan bahan bagi badan iPhone 13 Pro dan patung kepala Elon Musk.

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max Tesla Electro menggunakan rangka kustom yang dibuat dari titanium dan lapisan PVD.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahan anti gegar turut digunakan untuk melindungi komponen iPhone itu serta panel-panel dari aluminium hasil peleburan kereta Model3 tersebut. Ukiran wajah Elon Musk, logo Tesla dan kereta itu juga nampak jelas pada badan telefon pintar itu.

Hanya 99 unit telefon Tesla Electro akan dibina dengan harga bermula dari US$6,760 (RM28,652.26).

 

 

Untuk mereka yang mahukan "bust" (patung separuh badan) Elon Musk pula, perlu cepat kerana hanya 27 unit akan dibuat.

Ia menggunakan pelantar dari marmar hitam dan panel nama menggunakan saduran emas dua lapisan. Ia diperbuat menggunakan hud enjin, pintu dan pelbagai lagi komponen Tesla Model3 yang dileburkan.

Harganya lebih murah, cuma US$3,220 (RM13,647.97), sesuai untuk diletakkan di ruang tamu rumah mereka yang mencintai billionaire tersebut. 

 

 

Di bawah ialah video iklan mainan ultra mewah ini.