Bayangkan ruang parkir yang boleh menyusun kenderaan dengan sendiri.

oleh HEZERI SAMSURI|
Stan, robot comel tukang parkir keretaItu yang mahu dilakukan oleh Stanley Robotics dan sebenarnya, ia telah membinanya di sebuah lapangan terbang di Perancis.

Syarikat robotik Perancis itu menggunakan sebuah robot bernama Stan untuk mengangkat dan menyusun kereta-kereta agar lot parkir itu mampu memuatkan lebih banyak kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih bersifat seperti sebuah fork-lift bijak, Stan mampu mewujudkan 50 peratus lebih banyak ruang parkir kerana cara susunan bertindih itu.

Dalam video mereka, ia menunjukan Stan mampu mengangkat sebuah MPV dengan berat melebihi 2.5 tan dan sepanjang 20 kaki.

 

 

Lapangan terbang Lyon telah memulakan operasi ini pada 14 Mac lalu dan empat unit robot Stan digunakan untuk 500 lot parkir di situ.

Kos parkir ialah US$59 (RM240) seminggu.

Stan juga mampu menurunkan kadar penggunaan karbon untuk sebuah lapangan terbang kerana pengguna tidak perlu mundar-mandir mencari lot parkir.

Pengguna juga tidak perlu risau akan keselamatan kerana mereka tidak perlu berjalan di lot parkir berseorangan.

Mungkin Malaysia sudah boleh memikirkan cara ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Pengetua CIM Group, Bethany Chang beliau berkata, robot-robot tersebut mula beroperasi di…
Berita Global
Syarikat yang berpengkalan di Shanghai itu juga bercadangan untuk membuang separuh dari tenaga…
Berita Global
  Ia adalah projek perintis oleh Autofuel untuk menguji sistem pengisian bahan api futuristiknya…