Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi jualan khas untuk Ford Ranger bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Bermula 1 Mei sehingga 30 Jun 2019, rakyat Malaysia boleh membawa pulang sebuah Ford Ranger pada harga ansuran bulanan serendah RM483 dengan penjimatan sehingga RM11,000.
Tidak dilupakan, SDAC juga turut menawarkan kadar faedah serendah 0% tertakluk kepada terma dan syarat.
Sepanjang tempoh promosi selama dua bulan itu, 30 pelanggan berpeluang untuk memenangi barangan elektrik bernilai sehingga RM2,000 setiap satu – terdiri daripada TV pintar, peti sejuk, mesin basuh, tablet dan banyak lagi.
Setiap pembelian Ford Ranger didatangkan dengan pengalaman pemilikan yang hebat dan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana-mana dahulu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SDAC di
https://www.sdacford.com.my/whats-new/promotions/raya-sales-promotion