Bawa lebih muatan - JPJ saman 31 pemandu lori

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JPJ Kelantan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 31 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan berat dalam Operasi Khas Lebih Muatan bermula Sabtu lalu hingga Selasa.


Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, seramai 20 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang dijalankan di Stesen Penguatkuasa Mentara di Kuala Balah, Gua Musang dan Bukit Bunga, Tanah Merah bagi tindakan penimbangan.

 

Menurutnya, kesalahan dikesan lebih muatan itu dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Sebuah lori turut disita kerana tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM) dan perlindungan insurans di Bukit Bunga.

“Penguatkuasaan dijalankan secara berterusan bagi memastikan undang-undang selain peraturan jalan raya dipatuhi untuk meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

 

JPJ Kelantan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebanyak 1,424 kenderaan telah diperiksa dalam Ops ini yang dijalankan dalam dua fasa iaitu Pra…
Berita Domestik
Tertuduh, Amir Hasan Jalani, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan…
Berita Domestik
  Menerusi operasi itu, 41 buah lori telah diperiksa.   Hasil daripada pemeriksaan tersebut,…