Bawa 3 kanak-kanak duduk luar tingkap Alza, pemandu ditahan

oleh SALINA JALIL|
Beberapa yang lalu, tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu laju sedang membawa tiga kanak-kanak.


Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila tiga kanak-kanak tersebut dilihat duduk di atas tingkap kereta dengan mengeluarkan badan dari tingkap kereta tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perbuatan merbahaya tersebut mengundang kecaman orang ramai dan tidak kurang juga menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatan kanak-kanak itu.

 

Bertindak di atas maklumat orang ramai ekoran video tular berkenaan, pasukan Risikan atau Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.

 

Menurut satu kenyataan JSPT, pasukan terbabit telah menahan seorang wanita iaitu pemandu Perodua Alza dan hasil siasatan awal mengesahkan wanita ini yang memandu seperti di dalam video yang tular tersebut.

 

Menurutnya lagi, tiga orang kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang.

 

Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember 2021 yang lalu.

 

Wanita berkenaan ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

 

Dalam pada itu, JSPT mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat sebegini agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

 

JSPT turut menyeru agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sesekali membawa penumpang terutama kanak-kanak dalam keadaan yang berbahaya.

 

 

Sumber: FB Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Berita Berkenaan

Informasi
  "Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…