Bavaria, kampung halaman BMW dan Audi mahu Intel bina kilang mikrocip di situ

oleh HEZERI SAMSURI|
Jelak dengan masalah kekangan mikrocip yang menyebabkan pengeluaran kenderaan global terbantu, Bavaria, negeri di Jerman yang menjadi kampung halaman untuk BMW dan Audi sedang berbincang dengan Intel untuk membina kilang mikrocip di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembuat cip dari US itu telah mengumumkan mahu mencari pelaburan sebanyak US$9.5 bilion dari sektor awam untuk membina sebuah kilang semikonduktor di Eropah.

Menteri Ekonomi Bavaria, Hubert Aiwanger berkata kepada Reuters bahawa ia bersetuju bahawa kilang semikonduktor yang besar di negeri itu akan membuka peluang keemasan untuk negeri itu terus berkembang maju.

Bavaria juga mencadangkan penggunaan tanah lapangan terbang di Pencing-Landsberg, barat Munich sebagai cadangan lokasi untuk kilang tersebut. Buat masa sekarang, lapangan terbang itu jarang digunakan.

Kesatuan Eropah juga sedang berbincang untuk mewujudkan pakatan semikonduktor bersama STMicroelectronics, NXP Infeneon dan ASML untuk mengurangkan keperluan mengimpot masuk mikrocip semasa masalah keputusan rangkaian bekalan komponen global.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…