BAuto tawar jaminan, penyelenggaraan percuma lima tahun untuk Peugeot 2008, 3008, 5008

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan berjenama Peugeot di Malaysia mengumumkan setiap model Peugeot yang dijual di Malaysia kini dilindungi jaminan pengeluar selama lima tahun, serta pakej penyelenggaraan percuma, juga selama lima tahun.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Pakej terbaharu ini tertakluk kepada model-model crossover seperti 2008, 3008, dan 5008 yang dijual di Malaysia.

Pakej penyelenggaraan percuma itu menawarkan penyelenggaraan berkala baharu yang telah diluluskan, termasuk dengan kos buruh, alat ganti dan juga pelincir, tertakluk kepada terma dan syarat.
 

2008


Para pemilik kenderaan Peugeot boleh berdaftar di laman web customer.peugeot.com.my untuk menempah temujanji slot servis dalam talian, atau mendapatkan maklumat terkini berkenaan kenderaan dan informasi jaminan, atau mencari mana-mana pusat pameran dan servis berdekatan.

Alternatifnya, pemilik boleh menghantar emel kepada [email protected] atau dengan menghubungi 03-76728818.

Sementara itu, para pemilik Peugeot sedia ada adalah dialu-alukan untuk mengemaskini butiran perubadi menerusi laman web https://baasb.com.my/Peugeot/index.html bagi memudahkan pihak BAuto memeriksa informasi jaminan dan menghantar notifikasi berhubung kempen panggil semula kepada pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan laporan terdahulu, pihak BAuto merancang untuk melancarkan secara rasmi EV6 ini…
Berita Domestik
    Dinamikjaya Motors ialah anak syarikat Bermaz Auto yang telah mengambil alih pengedaran…