BAUCAR RM28,888 MENANTI KUMPULAN PEMBELI PERTAMA ORA GOOD CAT!

oleh Mohamad Hanif|
Great Wall Motors memeriahkan acara Malaysia Motor Expo 2022 (MME 2022) dengan mempamerkan pendatang baharu kereta elektrik Ora Good Cat sepanjang hujung minggu 11-13 November yang lalu.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Pengunjung dan pembeli berpotensi bukan sahaja boleh melihat dengan lebih dekat, malah boleh juga memandu uji kereta elektrik yang sangat comel itu di atas jalan raya.
 

Ora


Bersempena dengan penganjuran MME 2022, GWM secara rasmi membuka tempahan untuk kereta elektrik Ora Good Cat sebelum ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Kesemua pelanggan yang meletakkan tempahan sepanjang tempoh tiga hari acara berlangsung akan mendapat baucar bernilai RM1,000.
Bukan itu sahaja, kumpulan pelanggan pertama yang telah menempah turut berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM28,888 menerusi cabutan bertuah.
 

Ora


Ora Good Cat yang bakal muncul di pasaran Malaysia didatangkan dengan motor elektrik tunggal Permanent Magnet Synchronous Motor berkuasa 143 PS dan 210 Nm, dengan kelajuan tertinggi 152 km/j.

Bergantung kepada spesifikasi, Ora Good Cat boleh didapati dengan pek bateri Lithium iron phosphate 47.788 kWh dengan jarak gerak sejauh 400 km, atau pek bateri ternary lithium 63.129 kWh dengan jarak gerak yang mampu mencapai 500 km (mengikut data NEDC).
 

Ora


Ia membawakan ukuran sepanjang 4,235 mm, lebar 1,825 mm, tinggi 1,596 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.

Ora Good Cat menggunakan sistem suspensi jenis topang MacPherson di hadapan, dibantu dengan suspensi torsion beam di belakang, sementara sistem stereng pula menggunakan bantuan elektrik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, atau menempah ORA Good Cat, sila layari laman web https://www.gwm.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang menempah model hatchback elektrik ORA Good Cat dalam warna terpilih bulan ini akan…
Berita Domestik
Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai sasaran sebagai negara…
Berita Global
Konvoi GWM EV Convoy Tour 2023 selama lapan hari bermula pada 1 Ogos 2023 itu bermula dari bandar…